CARIAN

MENAIKI BAS DARI MANA-MANA DESTINASI (Utara/Pantai Timur)

Turun di Sri Putri/Terminal Larkin ambil bas ke Kulaijaya bernombor 777 berwarna kuning atau lain-lain bas menghala ke Kulai/Ayer Hitam. Berhenti di Perhentian Bas berhampiran Hospital Temenggong Ibrahim atau Terminal Bas Kulai. Ambil teksi untuk ke SMPK Vokasional Indahpura.

DARI UTARA (PLUS/Jalan Raya Negeri)

Keluar dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui susur keluar dari tol Kulaijaya. Pandu terus ke Jalan Ayer Hitam-Johor Bahru ambil ke Kanan di lampu Isyarat ke dua. Pandu terus melepas Pos Malaysia, KTM hingga ke susur ke bandar Putra (ada papan tanda ke SMPK Vokasional Indahpura) . Ambil Kiri pada lampu isyarat dan belok ke kanan serta terus ke Taman Indahpura. Jalan terus hingga bulatan dan ambil ke kiri (ada papan tanda ke SMPK Vokasional Indahpura) dan terus. SMPK terletak selepas selekoh ke kanan dan terletak di sebelah kiri anda.

DARI UTARA (KTM)

Dari utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor & KL) menaiki KTM hingga ke stesen KTM Kulaijaya. Ambil teksi untuk ke SMPK Vokasional Indahpura

DARI PANTAI TIMUR (KTM)

Dari mana-mana destinasi Pantai Timur (Kelantan atau Pahang), turun di stesen KTM Kulaijaya. Ambil teksi untuk ke SMPK Vokasional Indahpura

DARI SELATAN

Dari bandar Johor Bahru, Pasir Gudang, Taman Perling, Bandar Baru Uda dan lain-lain terus ke jalan Skudai - Ayer Hitam. Dari Skudai terus melalui Senai, Saleng. Sampai ke Hospital Temenggong Ibrahim ambil susur ke kiri (papan tanda ke SMPK Vokasional ada di sebelah kiri). Terus masuk susur ke Taman Indahpura hingga jumpa bulatan dan ambil ke kiri (ada papan tanda ke SMPK Vokasional Indahpura) dan terus. SMPK terletak selepas selekoh ke kanan dan terletak di sebelah kiri anda.